Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Tabung Menaiktaraf Dewan Putera SASER
RM0.00
DEWAN PUTERA, Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER) pastinya meninggalkan nostalgia yang tersendiri buat setiap bekas pelajar SASER. Ada tawa dan duka, ada manis dan pahit yang terukir sepanjang berada di tanah bertuah ini. Sejak pembinaannya pada tahun 1972, Dewan Putera telah menjangkau usia lebih 50 tahun dan terus menjadi saksi kepada ribuan kenangan warga SASER daripada pelbagai generasi.
Pada tahun 2025, SASEROBA dan SASERCO telah berganding bahu melaksanakan Projek Menaiktaraf Dewan Putera dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM100,000.00. Projek ini bertujuan untuk menambah baik kemudahan sedia ada melalui pemasangan paparan skrin LED terkini, sistem siar raya yang lebih berkesan, serta kerja-kerja pengecatan semula dinding yang telah luntur agar Dewan Putera kembali tampil gah dan berwibawa.
Sehubungan itu, satu seruan sumbangan dibuka kepada semua bekas pelajar SASER bagi sesi kemasukan tahun 2002 hingga 2025 untuk bersama-sama menyumbang seikhlas mungkin dalam tempoh kutipan selama tiga (3) bulan bermula hari ini. Para alumni juga digalakkan untuk menyebarkan hebahan ini kepada batch masing-masing bagi memastikan usaha ini dapat direalisasikan dengan jayanya.
Sebagai tanda sokongan terhadap usaha murni ini, Tabung Menaiktaraf Dewan Putera SASER telah dirasmikan oleh Kapten Nurul Izwan bin Haji Nadzar, yang turut menyampaikan sumbangan pertama berjumlah RM5,000.00 bagi menyemarakkan dan menjayakan misi kutipan tabung ini.
Garis Masa Pelaksanaan Projek
Tempoh Kutipan Tabung: Disember 2025 – Februari 2026
Perolehan Peralatan: Mac 2026
Pemasangan: April 2026
Ujian Sistem: April 2026
Serahan kepada Pihak Pengurusan: Mei 2026
Kaedah Sumbangan
Sumbangan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang yang disediakan atau secara terus ke akaun bank SASERCO, seperti butiran berikut:
Nama Akaun: KOPERASI SASEROBA BERHAD
No. Akaun: 5625 0856 7810
Bank: Maybank
Rujukan: Nama penyumbang dan nama batch
Nota: Maklumat rujukan adalah amat penting bagi memudahkan pihak kami merekod serta mengira jumlah sumbangan yang diterima mengikut batch masing-masing.
Sumbangan dan sokongan anda amatlah dihargai serta diharapkan bagi menjayakan usaha menaiktaraf Dewan Putera demi manfaat warga SASER kini dan akan datang.
Maklumat Perhubungan
Bendahari SASEROBA
Encik Aizat Najmi
📞 012-367 6772
Bendahari SASERCO
Encik Amir Kamal
📞 011-2200 0800

There are no reviews yet.