SASERCO diwakili 3 orang ahli lembaga koperasi (ALK) telah mengadakan pertemuan bersama Puan Norashikin Datuk Abdul Latiff di Kompleks Nasyrul Quran Presint 14, Putrajaya.
Pertemuan singkat itu telah berjaya memeterai perjanjian antara dua entiti dan SASERCO dilantik sebagai ejen pemasaran untuk produk-produk terpilih Nasyrul Quran.
Serba sedikit tentang Nasyrul Quran
– Kedua terbesar di dunia selepas Kompleks King Fahd Madinah untuk pencetakan Al-Quran
– Fokus utama di Nasyrul Quran adalah untuk berdakwah dengan sasaran mereka untuk mencetak sebanyak 1 juta salinan setiap tahun dan 70% daripadanya untuk pasaran tempatan
– Setiap mushaf al-quran yang dicetak di sini adalah hasil tangan penulis khat di Nasyrul Quran dan pendapat pengesahan daripada Kementerian Dalam Negeri(KDN)
Kami dari pihak SASERCO sangat berbangga dengan usahasama ini dan akan memberi kerjasama baik untuk masa-masa mendatang
Koperasi Saseroba Berhad – SASERCO