SASERCO Terus Melangkah Maju – Sorotan Mesyuarat Agung Tahunan 2025
Pada 19 Julai 2025, Koperasi SASEROBA Berhad (SASERCO) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kedua di Bilik Mesyuarat Tetuan Nazmi Zaini Chambers dan secara dalam talian melalui Google Meets. Seramai 27 anggota hadir, membincangkan perjalanan tahun lalu dan hala tuju masa depan koperasi.
Pencapaian 2024
-
Keanggotaan meningkat kepada 37 orang.
-
Keuntungan bersih sebanyak RM9,208, terutamanya hasil jualan jersi SASEROBA Homecoming.
-
Tiada hutang direkodkan – kewangan kekal sihat.
Perancangan 2025
-
Pendapatan disasarkan sebanyak RM18,500 dengan perbelanjaan RM8,650.
-
Perancangan untuk menjadi pembekal kepada koperasi Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER).
-
Had kewangan ditetapkan – keterhutangan maksimum RM400,000, pelaburan maksimum RM120,000 atau 30% daripada had keterhutangan.
Wajah Baharu dalam Lembaga Koperasi
Tahniah kepada anggota baharu yang terpilih!
-
Ahmad Khairul Nizam bin Bahrinal
-
Muhamad Kamal Adha bin Mohd Harozi
-
Muhammad Luqman Hakim bin Abd Salam
-
Eron Damaska bin Darwin
-
Shahrin Zikri bin Shahrizman
-
Mukhsin Al-Hakeem Zuhdi bin Lokman
-
Amir bin Kamal Hamidon (Baharu)
-
Nurul Izwan bin Haji Nadzar (Baharu)
-
Muhamad Azham bin Ab Wahab (Baharu)
Jawatankuasa Audit Dalaman juga menerima dua anggota baharu – Mohd Hakimi bin Mohd Haris dan Muhammad Uzair bin Haji Ahmad Zainal.
Pindaan & Keputusan Penting
-
Kawasan operasi SASERCO kini meliputi seluruh Malaysia.
-
Aktiviti koperasi diperluaskan merangkumi perniagaan, perkhidmatan teknologi, pertanian, sukan, dan banyak lagi.
-
Jumlah ALK dikurangkan kepada 6 orang, dengan syarat majoriti menetap di Lembah Klang.
-
Usahasama dengan Horsiedog Enterprise diluluskan bagi menjana pendapatan koperasi.
Dividen 2024
Khabar gembira buat semua anggota – dividen sebanyak 10% diumumkan dan akan dikreditkan ke akaun anggota tidak lama lagi.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3:53 petang dengan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong perjalanan SASERCO. Bersama kita terus memacu koperasi ke arah kejayaan!









