Pada 27 April 2024 yang lalu, bertempat di World of Sports, Subang Elite, telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Pertama (AGM) bagi Koperasi SASEROBA Berhad bagi sesi 2024/2025. Mesyuarat tersebut telah dihadiri seramai 15 orang anggota koperasi secara hibrid (secara fizikal dan atas talian). Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Sdr. Ahmad Khairul Nizam Bahrinal.
Agenda utama mesyuarat ialah bagi melantik Anggota Lembaga Koperasi SASEROBA Berhad seramai 9 orang bagi sesi 2024/2025. Selain itu juga, perlantikan Jawatankuasa Audit Dalaman, pemilihan juruaudit luar serta isu-isu berkaitan perniagaan yang bakal diceburi oleh pihak Koperasi juga antara agenda yang diketengahkan semasa mesyuarat tersebut.
Akhir kata, semoga dengan perlantikan-perlantikan tersebut, maka ia dapat memaju kejayaan buat Koperasi SASEROBA Berhad bagi sesi kali ini.
Pihak Koperasi SASEROBA Berhad juga mengucapkan jutaan penghargaan kepada anggota koperasi yang sudi melapangkan masa bagi menghadiri mesyuarat ini serta memberikan sokongan dan dokongan bagi memastikan perjalanan mesyuarat berjalan lancar.
Selamat maju jaya!
Hubungi sy. Sy afiq batch 10, ganador. 0176914169